send link to app

Masjid Kita app for iPhone and iPad


4.4 ( 1264 ratings )
Utilities Productivity
Developer: aZeR DiLLs
Free
Current version: 1.0, last update: 1 year ago
First release : 24 Jul 2020
App size: 4.28 Mb

Aplikasi Masjid Kita adalah aplikasi percuma yang disediakan bertujuan bagi menyediakan satu platform digital yang mudah digunakan oleh setiap komuniti kariah masjid dan surau di Malaysia.

Platform digital ini memerlukan kerjasama komuniti sepenuhnya untuk memenuhi kemudahan yang ada agar ia dapat sama-sama dikongsi oleh semua. Perkara utama adalah dengan penglibatan AJK masjid kariah masing-masing bagi urusan mengurus setia masjid dan surau masing-masing melalui aplikasi ini dengan memberi dan mengemaskini maklumat pada aplikasi ini seperti, aktiviti harian, pengumuman dan jugak aktiviti yang akan datang. Dengan adanya maklumat terkini melalui aplikasi digital, diharap dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan komuniti dengan masjid dan surau masing-masing kerana segala maklumat yang ingin disampaikan kepada kariah masjid dapat disampaikan melalui aplikasi ini.

Kemudahan yang pertama adalah "PENGUMUMAN". Ia boleh digunakan oleh AJK masjid dan surau untuk hebahan maklumat penting kepada kariah, dan semestinya kariah dapat mengikuti perkembangan terkini masjid tersebut secara terus.

Kemudahan kedua adalah "AKTIVITI LAZIM". Ia adalah bertujuan untuk menghebahkan tentang aktiviti masjid yang dilakukan secara konsisten, sebagai contoh kuliah subuh (setiap hari), pengajian hadith (setiap sabtu selepas zohor), dan sebagainya. Dengan ini, para kariah dapat mengetahui apakah aktivi yang ada dan dapat mereka sertai. Ia juga berguna untuk para pelawat bukan bermastautin contohnya, para musafir yang berada berdekatan masjid ini, akan dapat mengetahui dan turut mengikuti aktiviti masjid tersebut.

Kemudahan yang ketiga adalah "AKTIVITI KHAS". Dengan ini, pihak masjid dapat menganjurkan sesuatu aktiviti dengan pilihan untuk mengenakan pendaftaran ataupun terbuka. Maksudnya, jika aktiviti secara terbuka, ia adalah aktiviti tanpa pendaftaran. Sebaliknya, ia bermakna pendaftaran perlu oleh kariah untuk menyertai program tersebut, jadi ianya boleh digunakan untuk merekodkan berapa ramai peserta yang berminat untuk hadir. Para kariah yang berminat perlu melalukan pendaftaran melalui aplikasi ini secara terus. Pihak AJK akan dapat melihat pendaftaran ini dan boleh mengeluarkan tiket atau pass sebagai pengesahan penyertaan. Ia sangat berguna jika sesuatu acara itu adalah terhad pendaftarannya seperti terhad tempat duduk atau kapasiti, jadi kelulusan pendaftaran dapat dibuat mengikut kapasiti tersebut sahaja.

Pihak kariah pula hanya perlu menunggu pengesahan ini dan pass atau tiket akan tersedia untuk dilihat jika pendaftaran diluluskan oleh pihak masjid. Penyediaan pass digital ini adalah sangat berguna juga jika pihak penganjur ingin membuat pengesahan peserta yang hadir pada aktiviti tersebut dengan imbasan pada pass tersebut. Ia juga dapat mengenal pasti jika ada pass yang tidak asli atau tidak dikeluarkan oleh pihak AJK masjid.

Sebarang cadangan amatlah dialu-alukan agar aplikasi ini dapat memberi kemudahan tambahan kepada semua pihak disamping menggalakkan pemerkasaan digital dalam aktiviti harian dikalangan umat islam di negara ini secara umumnya.

Diharap juga dengan penggunaan aplikasi Masjid Kita ini oleh semua kariah, ia dapat mengimarahkan masjid dan surau disekeliling kita dengan keterlibatan secara digital dan turut serta dapat mengeratkan hubungan kariah dengan masjid dan surau masing masing.

** Harap maklum senarai carian masjid dan surau pada aplikasi ini adalah daripada JAKIM melalui platform data terbuka agensi kerajaan yang disediakan melalui MAMPU. Usaha dan polisi kerajaan bagi menyediakan akses kepada data terbuka ini adalah amat dihargai. Oleh itu, jika masjid atau surau anda tidak tersenarai, ia mungkin belum berdaftar dengan JAKIM atau baru sahaja didaftarkan dan belum ada pada senarai ini.

** Sila rujuk kepada Terma & Syarat dan Dasar Privasi bagi penggunaan aplikasi Masjid Kita pada bahagian pendaftaran bagi mendapatkan maklumat penuh mengenainya. Jazakumullah hu khairan.